S e l a m a t  D a t a n g  K e  P o r t a l
Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara
 
KOMPENAN PENGAJIAN

KOMPENAN PENGAJIAN

Komponen pengajian terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu:
  1. Pengajian Teknikal
  2. Pengajian Am
  3. Ko-Kurikulum
  4. Latihan Industri
  5. Pembangunan Sahsiah
PENGAJIAN TEKNIKAL

PENGAJIAN TEKNIKAL

Pengajian Teknikal merupakan komponen latihan yang paling utama yang wajib bagi setiap program yang ditawarkan dan mesti lulus kesemuanya. Pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan, perlu mengulang kursus berkenaan sehingga lulus.

Pengajian Teknikal bertujuan untuk memberikan seberapa banyak pengetahuan, kemahiran dan pendedahan sesuai dengan tahap dan bidang pengajian yang diikuti supaya dapat memenuhi keperluan industri. 

Button
 PENGAJIAN AM

 PENGAJIAN AM

Matlamat pembelajaran dalam komponen Pengajian Am adalah sebagai kursus asas bagi mencapai matlamat latihan kemahiran MARA.

Kursus-kursus Pengajian Am yang perlu diambil adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Pengajian Islam/Pendidikan Moral, Keusahawanan dan Pengajian Malaysia.

 

Button
 KO-KURIKULUM

 KO-KURIKULUM

Kegiatan ko-kurikulum adalah merupakan aktiviti luar kuliah bertujuan membentuk sikap harmoni, berfikiran positif dan sahsiah diri pelajar.

Aktiviti dibahagikan kepada dua Modul Teras iaitu Khidmat Kemasyarakatan dan Kemahiran.

Pelajar wajib melibatkan diri tidak kurang dari dua (2) semester. 

LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri (LI) adalah pembelajaran luar kuliah dan aktiviti di mana pelajar didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di industri sama ada dalam atau luar negara bersesuaian dengan program yang diikuti.

Pelajar diwajibkan mengikuti Latihan Industri sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pada semester akhir serta lulus aktivitinya.

Button

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Seberang Perai Utara, Lot 398, Jalan Ara Kuda, 14000 Tasek Gelugur, Pulau Pinang

  • dummy+6 04-5732136

  • dummy+ 6 04-5732379 - Fax

  • dummy ikmspu@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search